11.11.13

PANDUAN PENGGUNAAN FETAL DOPPLER

Assalamualaikum wbt...sejak akhir-akhir ni...banyak customer yang bertanya kepada saya mengenai panduan menggunakan fetal doppler untuk mengesan jantung bayi di dalam kandungan... so dalam entry kali ni...saya akan cuba membantu anda di dalam memberi panduan kepada anda untuk mengesan degupan jantung bayi anda dengan lebih baik


Jenis Fetal Doppler


Terdapat banyak jenis fetal doppler yang berbeza untuk kita gunakan dan masing-masing mempunyai kefungsian seperti "on" atau "off", memperbesarkan "volume sound" ada yang boleh mendengar degupan secara "output speaker" dan ada yang boleh mendengar melalui "earphone", ada yang boleh melihat kadar degupan jantung di lcd, ada yang boleh direkodkan di dalam komputer dan ada yang menggunakan bateri 9V, bateri bersaiz AAA atau bersaiz AA dan fungsi-fungsi lain yang bergantung kepada fetal dopler yang anda beli, walaupun terdapat perbezaan pada setiap fetal doppler, fetal doppler mempunyai tujuan yang sama iaitu mengesan degupan jantung bayi di dalam kandungan










Berapakah usia bayi di dalam kandungan anda yang sesuai untuk menggunakan fetal doppler?

Mengikut pembacaan di dalam buku rujukan, jantung bayi di dalam kandungan akan mula berdenyut semasa usia kandungan mencecah 5 minggu, tetapi ia tetap bergantung kepada keadaan perut ibu yang mengandung samaada tebal atau tidak dan keadaan bayi samaada degupan jantung kuat atau tidak. Faktor seperti degupan jantung bayi yang perlahan ini akan menyebabkan fetal doppler yang digunakan tidak dapat mengesan degupan jantung bayi di dalam kandungan. Oleh itu saya sering menasihati ibu-ibu supaya menggunakan fetal doppler pada usia kandungan sekurang2nya 15 minggu ke atas kerana degupan jantung bayi lebih kuat dan perut ibu semakin meinipis.

Di mana lokasi untuk meletakkan fetal doppler?

Sebelum mengetahui lokasi untuk meletakkan fetal doppler..kita perlu mengetahui kedudukan bayi yang akan berubah-ubah kedudukannya mengikut usia kandungan, jom kita lihat gambar di bawah ni











Di sini kita dapat melihat kedudukan kandungan mengikut usia kandungan bermula daripada 3 bulan pertama sehingga 9 bulan yang terakhir. kedudukan bayi akan membesar dari bawah (uterus) sehinggalah ke bahagian atas. Jom kita lihat gambar lagi di bawah



Gambar ni menunjukkan kedudukan bayi di dalam kandungan bermula usia kandungan 8 minggu sehinggalah 36 minggu. okey, selepas kita semua dah mengetahui kedudukan bayi di dalam kandungan mengikut usia yang tertentu, barulah kita boleh mengetahui lokasi untuk meletakkan fetal doppler, jom rujuk gambar di bawah 




Nombor 1,2, 3, hingga nombor 8 menunjukkan lokasi untuk meletakkan fetal doppler, pastikan anda meletakkan gel terlebih dahulu pada bahagian yang bernombor sebelum meletakkan fetal doppler. Kita mula letak fetal doppler pada lokasi nombor 1, dan tumpukan perhatian pada speaker atau earphone, jika tidak kedengaran degupan jantung bayi kita terus ubah fetal doppler tu ke nombor 2 dan jika tidak kedengaran lagi ubah ke nombor berikutnya, pastikan mengikut turutan! jika tidak anda akan terlepas pandang pada bahagian yang berpotensi untuk mendengar degupan jantung bayi anda dengan lebih jelas




Berapakah Kadar Degupan Jantung Bayi di Dalam Kandungan?

Okey, selepas dah berjaya dengar degupan jantung ni, anda mesti tertanya-tanya berapakah kadar degupan jantung yang normal untuk bayi di dalam kandungan, jom kita lihat gambar di bawah






gambar ni menunjukkan kadar degupan jantung bayi di dalam kandungan mengikut usia kandungan. Bintik biru mewakili bayi lelaki manakala bintik ros mewakili bayi perempuan 

Moga allah beri kepada kita zuriat yang sihat, soleh dan solehah amin...wassalam


Selamat mencuba yey!!




Capaian

Kadar degupan jantung bayi di dalam kandungan
Cara penggunaan fetal doppler
Lokasi untuk letak fetal doppler
Lokasi bayi di dalam perut ibu
Cara mudah untuk menggunakan fetal doppler
Bagaimana cara menggunakan fetal doppler ?
Usia kandungan yang sesuai untuk fetal doppler
Alat Doppler



No comments:

Post a Comment