Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif, kerana
bayi akan memperoleh kebaikan
yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif. Penyusuan susu ibu secara eksklusif
bermaksud,
bayi hanya diberikan
susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada
makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh
tersebut. Makanan pelengkap
hanya dimulakan setelah bayi
berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah
diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.
Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6
bulan dicapai, ibu hendaklah
mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :
i) Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam
pertama selepas kelahiran
bayi.
ii) Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu
tanpa sebarang makan atau
minuman walaupun air masak.
iii) Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu
kekerapan menyusu adalah bergantung
pada permintaan bayi.
iv) Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan
kepada bayi dalam tempoh enam
bulan pertama.
v) Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi
kecuali ubat-ubatan atau
rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut
Setiap makhluk tuhan yang bergelar mamalia dikurniakan susu
untuk membesarkan bayi
masing-masing, mengikut keperluan perkembangannya. Haiwan
seperti gajah, kucing, lembu
dan kuda menghasilkan susu yang sesuai untuk keperluan bayi
sejurus selepas dilahirkan agar
dapat berjalan.
Kandungan mineral yang tinggi yang terdapat dalam susu awal sesuai untuk
pertumbuhan tulang yang kuat. Oleh itu kandungan protein,
lemak, karbohidrat, mineral dan
air adalah unik dan
amat diperlukan oleh setiap mamalia.
Manakala susu ibu pula bersesuaian untuk bayi yang memerlukan perkembangan otak yang
optimum. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak
berdaya, memerlukan perhatian rapi
ibunya untuk jangka masa yang panjang sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah
mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Kandungan susu ibu
tidak akan dapat ditiru
sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal
atau kilang.
Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi
dan ibu. Kesan baik ini bukan
hanya dirasai ketika bayi
masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan
ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental,
emosi, dan juga pembentukan
peribadi seorang anak.
Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga,
kerajaan dan masyarakat untuk menjimatkan wang.
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka
selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan
itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan & pakaian kepada ibu itu
menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut
kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya,
dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan
waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian
jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan
(yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah
salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada
orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang
kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertakwalah kamu kepada Allah.
Serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu
lakukan".
[Surah Al-Baqarah: ayat 233]
No comments:
Post a Comment