4.8.12

MAKAN SECARA SIHAT DI BULAN RAMADHAN

Kepentingan berpuasa untuk kesihatan

  • Puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
  • Dari segi kesihatan, berpuasa adalah penting untuk merehatkan sistem penghadaman setelah 11 bulan bekerja.
  • Berpuasa juga boleh :
    • Mengurangkan berat badan.
    • Merendahkan paras kolesterol darah.
    • Merendahkan kandungan gula dan trigliserida dalam darah.
    • Merendahkan tekanan darah.
  • Nabi Muhammad SAW juga ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit dan amalan pemakanan yang betul adalah sumber ubat’.

Khasiat dan kebaikan buah kurma
  • Mengandungi hanya 60 kalori bagi 3 biji buah kurma bersaiz sederhana.
  • Mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin A, C, B1 & B2. Ini membekalkan nutrien penting untuk tubuh.
  • Mengandungi gula ringkas seperti fruktosa dan dekstrosa yang bertindak sebagai tenaga segera yang mampu mengembalikan tenaga dan mencergaskan badan dengan cepat.
  • Kaya dengan serat.  

Panduan pemakanan semasa berbuka
  • Jangan gelojoh semasa berbuka. Seelok-eloknya berbuka mengikut sunnah.
  • Mulakan dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong.
  • Jika perlu, ambil hanya 1 gelas minuman manis semasa berbuka.
  • Bersederhana dalam pengambilan makanan. Jangan makan berlebihan atau mengikut nafsu.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang boleh memudaratkan seperti makanan yang berlemak, berminyak, tinggi garam dan tinggi gula.

Contoh menu berbuka
i) Sebelum solat Maghrib
Kurma 3 biji 30 60
Kuih pelita 1 biji 70 100
Jus buah-buahan tanpa gula 1 gelas 250 60
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah  
  220

ii) Selepas solat Maghrib
Nasi putih 2 senduk 150 200
Ayam percik 1 ketul 80 140
Sup sayur 1 mangkuk kecil 150 50
Sambal tumis udang 1 senduk 60 150
Betik 1 potong 210 80
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah  
  620

Contoh menu moreh
Bubur kacang hijau 1 mangkuk kecil 150 160
Minuman bersusu 1 gelas 250 130
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah  
  290

Panduan pemakanan semasa sahur
  • Ambil makanan yang mengenyangkan seperti nasi, roti atau oat.
  • Ambil buah dan sayur.
  • Minum air secukupnya.
  • Lewatkan waktu bersahur.
Contoh menu sahur
Nasi putih 2 senduk 150 200
Sup ayam 1 mangkuk 150 80
Telur dadar 1 potong 45 100
Sayur campur 1 senduk 40 40
Pisang berangan 1 biji sederhana 90 60
Air kosong 1 gelas 250 0
Kurma 3 biji 30 60
Jumlah 
  540

Amalan pemakanan yang memudaratkan di bulan puasa
  • Makan berlebihan semasa berbuka. Ini boleh meningkatkan berat badan walaupun di bulan puasa dan malas untuk melakukan ibadat.
  • Makan makanan berat semasa moreh dan tidur sejurus selepas makan. Ini boleh mengakibatkan ketidakhadaman.
  • Minum banyak air manis semasa berbuka dan bersahur. Ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah dan boleh memudaratkan terutamanya bagi pesakit diabetis.
  • Kurang mengambil buah dan sayur. Ini boleh mengakibatkan sembelit.

Panduan membeli atau menyedia juadah berbuka
Memandangkan kita membeli dalam keadaan lapar, nafsu membeli perlu dikawal dan elakkan pembaziran dengan :
  • Membuat catatan senarai makanan yang perlu sahaja untuk dibeli.
  • Mengutamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan ataupun menggunakan minyak secara minima.
  • Mengurangkan membeli kuih-muih yang manis serta bubur manis.
  • Mengelakkan membeli air minuman yang dijual. Sebaik-baiknya, sediakan sendiri air minuman di rumah.
  • Masak sendiri  makanan untuk berbuka puasa dan elakkan makan atau berbuka di luar seperti di hotel dan restoran. Dengan cara ini, kita dapat mengawal pemakanan di samping menghadkan penggunaan minyak dan garam di dalam masakan.
  • Jika membeli di luar, pilih gerai yang bersih dan makanan yang bertutup.

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan di bulan yang mulia ini. Amalkan makan secara sihat untuk sihat sepanjang hayat.

Bahagian Pemakanan www.moh.gov.my
26 Julai 2012

No comments:

Post a Comment