9.4.12

Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)

Hipertensi


Hipertensi merupakan satu perkataan yang digunakan untuk menerangkan tentang tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi merupakan satu ukuran tekanan terhadap dinding arteri anda semasa jantung mengepam darah ke seluruh badan.


Bacaan darah tinggi selalunya dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu sistolik dan diastolik. Contohnya 120/80  di mana 120 merupakan sistolik dan 80 merupakan diastolik.


Bacaan tekanan darah yang normal bagi orang dewasa adalah di antara 100-140 mmHg untuk sistolik manakala 60-90 mmHg untuk diastolik. (100-140)/(60-90) . Tekanan darah tinggi berlaku apabila bacaannya melebihi 140/90.


Penyebab Tekanan Darah Tinggi


Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi termasuklah


* Kuantiti air dan garam yang anda ambil untuk badan


* Keadaan buah pinggang, sistem saraf dan salur darah


* Hormon di dalam badan


Tekanan darah akan meningkat mengikut pertambahan usia. Ini adalah kerana salur darah anda menjadi lebih kenyal dan menyebabkan tekanan darah anda meningkat.


Tekanan darah tinggi dapat meningkatkan risiko anda untuk mendapat angin ahmar, serangan jantung, kegagalan jantung dan kematian pada usiayang muda.


Anda berisiko tinggi jika anda:


* Darah campuran Afrika Amerika


* Obesiti (Kegemukan)


* Tekanan dan gangguan emosi


* Minum minuman beralkohol


* Makan lebih garam di dalam makanan harian


* Sejarah keluarga yang pernah mengalami tekanan darah tinggi


* Menghidapi Diabetes (Kencing manis)


* Merokok


* Idiopatik ( Tidak diketahui sebabnya)


Tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh keadaan perubatan atau ubatan disebut sebagai `` Secondry Hypertension''. Ia terdiri daripada


* Sakit buah pinggang yang kronik


* Kelenjar adrenal tidak berfungsi dengan baik


* Ubat-ubatan seperti ubat perancang, pil diet, ubat migrain dan sesetengah ubatan


* Penyempitan salur arteri yang membekalkan darah ke buah pinggang


* "Hyperparathyroidism"  Aktiviti berlebihan kelenjar paratiroid




Tanda dan gejala


Dalam kes hipertensi selalunya tidak mempunyai tanda dan gejala. Kebanyakan pesakit mengetahui mereka mendapat hipertensi semasa menjalani pemeriksaan di klinik dan hospital. Oleh kerana hipertensi tidak mempunyai tanda dan gejala, ia akan meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat penyakit jantung dan masalah buah pinggang tanpa mereka menyedarinya.


Jika anda mengalami sakit kepala yang teruk, loya, muntah, pening, mata menjadi kabur, berdarah hidung, anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi yang dipanggil "malignant hypertension".


Ujian


Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat di hospital atau klinik kesihatan akan memeriksa tekanan darah anda selama beberapa hari untuk melakukan diagnosa. Jangan risau kerana tekanan darah anda adalah normal jika bacaannya berubah setiap hari. Pastikan sebelum tekanan darah anda diambil anda berada dalam keadaan yang baik dan mendapat rehat yang secukupnya.


Setelah anda telah dikenal pasti mengalami tekanan darah tinggi, Pegawai Perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan akan melakukan pemeriksaan fizikal seperti mengenal pasti tanda dan gejala penyakit jantung, kerosakan pada mata dan perubahan-perubahan yang lain pada badan anda.


Beberapa ujian darah akan dibuat seperti:


* Bacaan kolestrol dalam darah


* Ekokardiogram atau elektrokardiogram untuk mengenalpasti penyakit jantung


* Pemeriksaan urin


* Ujian darah untuk mengetahui kefungsian buah pinggang


* Ultrasound buah pinggang




Rawatan 


Objektif rawatan adalah untuk menstabilkan tekanan darah tinggi untuk mengurangkan komplikasi. Jika anda mengalami pre-hipertensi (hipertensi awal), perawat akan menasihati anda untuk menjalani gaya hidup sihat untuk memastikan tekanan darah anda berada di tahap yang normal. Jarang sekali ubat-ubatan digunakan untuk merawat pesakit pada peringkat ini.


Banyak aktiviti yang boleh membantu anda untuk mengawal tekanan darah termasuklah:


* Mengamalkan diet yang sihat, termasuklah di dalam pengambilan pottasium, makanan berfiber, dan minum
air yang masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari (lelaki dewasa) dan 2.2 liter (wanita)


* Senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari


* Berhenti merokok dan minum akohol


* Kurangkan garam di dalam masakan


* Kurangkan tekanan emosi


* Kawal berat badan anda


Perawat anda biasanya akan membantu anda dari segi panduan untuk mengurangkan berat badan, berhenti merokok dan senaman. Anda juga boleh meminta kepada perawat untuk dirujuk kepada pakar pemakanan untuk membantu anda di dalam mengamalkan diet yang sihat.


Ubat-ubatan


Selalunya, perawat akan menggunakan lebih daripada satu ubat untuk mengawal tekanan darah. Jika anda mengalami kesan sampingan daripada ubatan tersebut, rujuk kembali kepada perawat anda untuk menggantikan ubat tersebut kepada ubat yang lebih sesuai.




Komplikasi


Apabila tekanan darah anda tidak dikawal dengan baik, anda berisiko untuk mendapat:


* Penyakit buah pinggang yang kronik


* Angin ahmar


* Serangan jantung


* Masalah penglihatan




Ikut nasihat perawat anda di dalam rawatan, diet, temujanji, supaya tekanan darah anda dapat di kawal. :)

No comments:

Post a Comment