5.4.12

Jangkitan HPV (Human Papilloma Virus)

Hujung tahun 2011...saya telah menjalani satu sesi taklimat di Bangunan Zetro mengenai pemberian suntikan vaksin HPV kepada pelatih-pelatih PLKN...di dalam sesi ini..ada serba sedikit diterangkan mengenai jangkitan HPV...


Apakah itu Jangkitan HPV (Human Papilloma Virus)?


Jangkitan HPV ini dikenali juga sebagai ``Genital human papillomavirus''.  Kebanyakan cara virus ini merebak adalah melalui hubungan seksual. Lebih daripada 40 jenis HPV yang dikesan boleh menjangkiti lelaki atau perempuan. HPV juga boleh menjangkiti mulut dan tekak. Selain daripada itu, kebanyakan individu yang dijangkiti tidak menyedari bahawa mereka telah dijangkiti HPV. HPV dan HIV adalah berlainan walaupun kaedah jangkitan kedua dua virus ini adalah sama iaitu melalui hubungan seksual kerana kedua -dua virus ini menyebabkan gejala dan masalah kesihatan yang berbeza.

Bagaimana Individu Tersebut Boleh Dijangkiti?


HPV merebak melalui sentuhan kemaluan, dan kebanyakannya melalui vigina dan anal seks. HPV juga boleh merebak melalui seks oral dan sentuhan antara kemaluan dan kemaluan. Selain daripada itu, HPV boleh merebak melalui perhubungan seks diantara pasangan seksual yang sama walaupun tiada tanda dan gejala pada pasangan yang telah dijangkiti.


Walaupun individu tersebut telah melakukan hubungan seks dengan pasangannya yang telah dijangkiti beberapa tahun yang lalu , individu tersebut juga berisiko untuk dijangkiti HPV. Kebanyakan individu yang telah dijangkiti tidak menyedari bahawa dirinya telah dijangkiti dan mereka juga tidak menyedari bahawa mereka juga telah menyebabkan pasangan seksual mereka dijangkiti malah berkemungkinan individu tersebut mendapat jangkitan lebih daripada satu jenis HPV.


Tanda dan Gejala Berkaitan Masalah HPV


Ketuat pada kemaluan


Biasanya timbul satu atau lebih bengkak yang kecil atau besar yang semakin bertambah atau sekata sahaja bilangannya. Perawat anda biasanya akan dapat memberikan diagnosa ketuat (warts) dengan memeriksa bahagian kemaluan anda semasa proses rawatan dilakukan. Ketuat (warts) akan kelihatan selama seminggu atau sebulan selepas hubungan seksual. Jika dibiarkan mungkin ketuat pada kemaluan akan hilang,berada dalam keadaan yang sama ataupun semakin bertambah. Walaubagaimanapun ia tidak akan bertukar menjadi kanser.


Kanser Servik


Biasanya tidak mempunyai tanda dan gejala sehingga kanser ini bertambah teruk. Oleh itu penting bagi wanita  untuk menjalani pemeriksaan yang kerap di klinik dan hospital.


Kanser lain yang berkaitan dengan HPV


Mungkin tidak mempunyai tanda dan gejala sehingga kanser ini bertambah teruk dan sukar untuk dirawat.Kanser yang dimaksudkan adalah kanser pada vulva, vagina, penis, anus, orofaring (belakang tekak termasuk lidah dan tonsil).


RRP (Recurret Respiratory Papillomatosis)


Merupakan satu keadaan di mana ketuat tumbuh di dalam tekak. Kadangkala, ketumbuhan ini menghalang salur pernafasan yang menyebabkan suara parau dan masalah untuk bernafas.


Bagaimana HPV Dapat Menyebabkan Ketuat Kemaluan dan Kanser


HPV boleh menyebabkan sel yang normal di dalam kulit yang telah dijangkiti  menjadi tidak normal. Dalam kebanyakan kes, sistem pertahanan badan bertindak melawan HPV dan kulit yang telah dijangkiti kembali menjadi normal. Tetapi apabila sistem pertahanan badan tidak melawan HPV, HPV boleh menyebabkan perubahan yang boleh dilihat pada bentuk ketuat maluan atau kanser. Ketuat boleh dilihat samaada dalam tempoh berminggu-minggu atau berbulan-bulan selepas dijangkiti HPV. Kanser selalunya mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang selepas dijangkiti HPV.




Bagaimana Seseorang Itu Dapat Mencegah Daripada Dijangkiti  HPV?


Terdapat beberapa kaedah untuk mengurangkan risiko jangkitan HPV. Antaranya ialah:


Pemberian Vaksin


Untuk kanak-kanak perempuan dan wanita, terdapat dua vaksin iaitu Cervaix dan Gardasil yang boleh mencegah mereka daripada dijangkiti HPV yang menyebabkan kanser servik. Vaksin Gardasil dapat mencegah daripada dijangkiti kebanyakan ketuat kemaluan. Ia juga melindungi daripada kanser anal, kanser vigina dan kanser vulvar.
Vaksin ini diberi kepada kanak-kanak perempuan bermula umur 9 tahun. Vaksin yang sama disyorkan diberi sebanyak 3 dos.


Untuk kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa, satu vaksin boleh digunakan iaitu Gardasil. Vaksin ini melindungi lelaki daripada mendapat ketuat kemaluan dan kanser anal. Vaksin ini boleh digunakan untuk kanak-kanak lelaki yang berumur 9 tahun dan lelaki dewasa yang berumur 26 tahun.


Seseorang yang aktif di dalam hubungan seksual dapat mengurangkan risiko jangkitan HPV dengan menggunakan kondom.


Seseorang itu juga dapat mengurangkan risiko jangkitan HPV dengan setia pada satu sahaja pasangan seksualnya.




Adakah Terdapat Ujian Untuk HPV?


Ujian HPV yang ada hanyalah untuk membantu wanita untuk mengesan kanser servik melalui pemeriksaan vigina (Pap Smear).


Tiada ujian yang spesifik untuk mengesan HPV secara menyeluruh untuk lelaki dan wanita.


Adakah Terdapat Rawatan Untuk HPV Atau Penyakit Yang Berkaitan? 




Tiada rawatan yang khusus untuk HPV, tetapi terdapat rawatan untuk penyakit yang disebabkan oleh HPV.


Ketuat kemaluan dapat dihilangkan dengan beberapa jenis ubat yang disyorkan oleh perawat.


Kanser servik dapat dirawat jika diagnosa dan rawatan awal diberikan.Wanita yang menjalani pemeriksaan vigina (Pap smear) secara rutin dapat mencegah perkembangan kanser. 


Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat!!


RRP dapat dirawat dengan ubatan dan pembedahan.



 
Ketuat Kemaluan




Kanser mulut




Ketuat di mulut


Kanser lidah


Kanser vigina












Sumber daripada CDC
 








 

No comments:

Post a Comment