12.4.12

Saffron Based Product Jitra kedah Saffron/ zaafaran

Assalamualaikum, hari ni saya nak kongsi bersama sama dengan anda satu produk kesihatan yang kini sedang di cari-cari. Saya tengok harga di pasaran begitu mahal sehingga ada yang tidak mampu untuk mendapatkan produk kesihatan ini. Jom kita lihat apa yang terkandung di dalam produk Saffron ini.......




Produk keseluruhan Saffron











Serbuk Saffron RM 80/kotak





Untuk orang yang mengalami strok atau lumpuh, menghidap sakit buah pinggang, darah tinggi, lemah jantung, lelah (asma) yang sentiasa bergantung pada gas, masalah penghadaman, kebas hujung jari dan tapak kaki, dan lenguh-lenguh sendi, gout (bengkak kaki), susah mendapat tidur yang nyenyak. (tidur yang merehatkan), susah bangun pagi, malas bangun dan badan rasa berat waktu bangun dari tidur, wanita lepas bersalin, mengembalikan tenaga dan keremajaan dalaman, sakit kepala atau migrain, sakit urat saraf, sakit-sakit sendi atau rheumatism, kencing manis samada dalam air kencing atau darah, sakit kulit dan banyak lagi jenis penyakit. (tanpa diduga)











Kopi Ibnu Sina RM19.00 (20 paket)









Gabungan 4 herba berkhasiat. Khasiatnya: Berkata Ibnu Sina  "Hindiba' dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makan dan di dalam urat saraf, mengubati penyakit mata, menghapuskan penyakit selaput mata, menstabilkan degupan jantung, bermanfaat untuk penyakit kerongkong, dapat melegakan kahak, gelema, serta memperbaiki usus di perut"









Stigma Saffron RM24/kotak






Kaya dengan vitamin B1 dan B2. Membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan risiko serangan jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa sendi, mengatasi ketidaksuburan serta menguatkan rahim selepas bersalin.









Madu Asli + 20 Herba Pilihan RM   44/kotak


Madu Minda RM  43/kotak














Mee Saffron RM 3/kotak
(kawasan Jitra sahaja)


PRODUK INI TIDAK MERBAHAYA KEPADA KESIHATAN!! 






Jika anda berminat dengan produk-produk ini, anda boleh menghubungi 

Nurul Assa`adatul Shahida 016 4425698 
nurasha266@hotmail.com

Ku Muhammad Yasir 016 4415698 
kucet86@gmail.com

atau tinggalkan comment anda di bawah :)





Pesanan akan diposkan melalui pos laju + RM5






Capaian

safron jitra
zafaran
mee zaafaran
mee safron
safron jitra
zaafaran jitra
zaafaran murah jitra
madu minda jitra




9.4.12

Immunisasi



IMUNISASI
Penyakit berjangkit adalah penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian dikalangan kanak-kanak. Imunisasi adalah cara yang efektif dalam mencegah danmengurangkan penyakit ini. Semua kanak-kanak berhak mendapat imunisasi yanglengkap. Dengan itu adalah penting untuk anggota kesihatan melengkapkan diri denganpengetahuan terbaru mengenai perkembangan tentang imunisasi.Imunisasi adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengawal penyakit-penyakitberjangkit seperti difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), polio, tibi,hepatitis B, measles, mumps, rubella dan jangkitan meningitis Haemophilus influenzaetype b. Imunisasi merupakan satu proses pembentukan imuniti atau perlindungan kepadaindividu melalui penggunaan vaksin.
Kepentingan Imunisasi
Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapatmengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang seriusyang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian.
Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus danboleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dankekal.Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapatmengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahlikeluarga.Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik danwabak penyakit berjangkit.Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakitseperti polio, neonatal tetanus dan difteria.
Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan yang kos-efektif.
Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah
Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi merupakan penyakit berjangkityang boleh mengakibatkan morbiditi yang tinggi, mortaliti dan risiko samada penyakit itudapat dirawat atau tidak. Kebanyakan daripada penyakit-penyakit ini dapat dicegahmelalui imunisasi seperti penyakit tibi, measles (campak), mumps (beguk), rubella,pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), chicken pox (cacar), Japanese encephalitisdan lain-lain.Penyakit-penyakit berjangkit ini kerap menyerang kanak-kanak dan mempunyaikomplikasi yang serius berbanding penyakit-penyakit lain. Justeru itu, KementerianKesihatan Malaysia telah melaksanakan program ini bagi mencegah penyakit-penyakittersebut.
Tibi (Tuberculosis) – Vaksin BCG
Tibi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria yang menjangkiti saluranpernafasan. Penyakit ini tersebar melalui titisan (melalui udara) semasa batuk atau bersinoleh orang yang dijangkiti penyakit tibi. Justeru itu, jangkitan ini boleh menjangkiti ahli-ahli keluarga lain yang tinggal serumah. Biasanya berlaku di kalangan penduduk miskindan mereka yang tinggal di kawasan sesak.Kebelakangan ini penyakit tibi telah meningkat disebabkan kemasukan pendatang asingdan juga meningkatnya kejadian jangkitan HIV. Komplikasi penyakit ini termasuk jangkitan kelenjar limfa (lymph node), radang selaput otak, radang paru-paru danserangan tibi pada organ-organ lain seperti usus, tulang dan sendi, paru-paru dan buahpinggang.
Hepatitis B – vaksin Hep B
Hepatitis B merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Hepatitis B.Penyakit ini dijangkiti dari seorang ke seorang yang lain melalui darah yang tercemarsecara pemindahan darah atau perkongsian jarum suntikan. Di antara tanda-tandanyaialah demam dan jaundis. Kesan penyakit ini adalah serius di mana ia bolehmengakibatkan jangkitan hati yang kronik, cirrhosis dan kanser hati. Program imunisasiHepatitis B bermula pada tahun 1989.
Difteria – vaksin DT, vaksin DTP
(kombinasi difteria, tetanus, pertussis)
Difteria adalah radang pada selaput hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh toksin(racun) yang dihasilkan oleh bakteria Difteria. Kesannya adalah bengkak pada saluranpernafasan yang mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan mungkinmenyebabkan kematian. Penyakit difteria boleh dirawat dengan antibiotik.
Adalah penting untuk diberikan antitoksin dengan segera bagi mengelakkan kerosakanberkekalan pada jantung dan sistem saraf atau kematian. Hanya dengan pemberianimunisasi sahaja dapat melindungi anak anda daripada penyakit difteria.
  • Pertussis (Batuk Kokol) – vaksin DTP
  • (kombinasi difteria, tetanus, pertussis)
Batuk kokol adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria pertussis yangmenjangkiti kerongkong dan saluran pernafasan. Akibatnya adalah batuk yang teruk dankerap muntah dan keadaan ini mungkin berlarutan sehingga 3 bulan walaupun mendapatrawatan yang sempurna. Kematian akibat daripada penyakit ini kerap berlaku di kalanganbayi berumur di bawah 6 bulan. Komplikasi pertussis yang teruk adalah sawan tarik,pendarahan dalam mata, kerosakan atau radang paru-paru dan kerosakan atau radangselaput otak (meningitis).
  • Tetanus (Kancing Gigi) – vaksin DTP
  • (kombinasi difteria, tetanus, pertussis),
  • vaksin T
Spora tetanus didapati di dalam tanah. Penyakit tetanus boleh berlaku apabila terdapatluka yang tercemar dengan spora tetanus. Tetanus juga tersebar melalui penggunaangunting dan peralatan lain yang tercemar dengan spora tetanus. Hanya imunisasi bolehmencegah penyakit ini.
  • Polio (Poliomyelitis)- vaksin OPV
  • (melalui mulut)
Polio disebabkan oleh virus Polio yang menyerang sistem saraf. Penyakit ini menularmelalui tangan, makanan dan air yang tercemar dengan najis dari orang yang dijangkitipenyakit polio. Jangkitan polio biasanya menyerang sistem saraf ke otot dan ini bolehmenyebabkan lumpuh. Kadangkala polio menyerang otot pernafasan yang menyebabkankesukaran bernafas dan ini boleh membawa kematian.
Penyakit Hib – vaksin Hib
Penyakit Hib disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenzae type b. Di Malaysia 30% -50% kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang menghidap radang selaput otak(meningitis) adalah disebabkan penyakit Hib.
Penyakit ini juga boleh mengakibat kanak-kanak menderita keracunan darah (septisemia),radang paru-paru (pneumonia), radang sendi (septic arthritis), radang epiglotis, bengkakpada saluran pernafasan yang mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan bolehmenyebabkan kematian. Komplikasi lain seperti ketidakupayaan, pekak atau kerosakanotak yang kekal. Hampir 10% daripada kanak-kanak ini mati dan 30% lagi mengalamikecacatan otak yang kekal, buta, pekak, Cerebral Palsy dan masalah pembelajaran atautingkahlaku.Penyakit Hib dan Hepatitis B BUKANLAH satu penyakit yang sama. Vaksin pencegahHepatitis B adalah disebut vaksin Hepatitis B manakala vaksin penyakit Hib adalah disebutvaksin Hib.Penyakit Hib kerap berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Risiko jangkitan adalah paling tinggi di kalangan kanak-kanak berumur di bawah 1 tahun.Penyakit ini jarang berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas.Pergaulan rapat dengan kanak-kanak yang dijangkiti Hib meningkatkan risiko mendapatpenyakit Hib. Bakteria Hib disebarkan melalui titisan ketika bersin atau batuk oleh merekayang dijangkiti penyakit Hib. Penyakit ini juga boleh merebak melalui perkongsian barangpermainan yang dimasukkan ke dalam mulut.Walaupun bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya akan mendapat perlindungan daripadapenyakit Hib, imunisasi masih diperlukan untuk mendapatkan perlindungan yang maksima.
Measles (Campak) – vaksin Measles, vaksin MMR
(kombinasi measles,mumps, rubella)
Measles adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Measles. Penyakit ini bolehmenjangkiti sesiapa sahaja. Pada amnya orang ramai melihat penyakit ini sebagai penyakityang tidak serius tetapi pada hakikatnya penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasiyang teruk seperti radang paru-paru, jangkitan otak (encephalitis), sawan, jangkitantelinga yang boleh menyebabkan pekak, jangkitan pada mata dan jika tidak dirawat bolehmenyebabkan buta serta kematian. Kematian kerap berlaku di kalangan kanak-kanak
Beguk (Mumps) – vaksin MMR
(kombinasi measles, mumps, rubella)
Mumps disebabkan oleh virus Mumps. Tanda-tandanya adalah bengkak pada kelenjar airliur (parotid). Mumps adalah salah satu penyebab radang selaput otak. Pada kanak-kanaklelaki, mumps boleh menyebabkan radang buah zakar yang mana boleh mengakibatkankemandulan. Selain itu, mumps juga boleh mengakibatkan jangkitan otak dan pankreasserta pekak.
Rubella – vaksin MMR
(kombinasi measles, mumps, rubella)
Rubella adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Rubella. Penyakit inidianggap ringan tetapi kesannya pada ibu mengandung yang tidak pernah menerimaimunisasi rubella akan menjadi serius terutama sekali pada kandungan trimester pertamayang boleh mengakibatkan kecacatan bayi yang dikenali sebagai Congenital RubellaSyndrome. Ini termasuk katarak, buta, pekak, jantung berlubang, terencat tumbesarandan terencat akal.
Fakta Dan Salah Faham Mengenai Imunisasi
Salah faham mengenai imunisasi bukanlah perkara baru. Justeru itu, adalah penting bagikakitangan kesihatan berpengetahuan dan arif agar dapat mengatasi keraguan dan salahfaham yang timbul.
Imunisasi tidak berkesan.
Jika imunisasi tidak berkesan, maka negara kita akan menghadapi wabak pelbagai jenispenyakit berjangkit. Tidak semua individu mempunyai sistem daya tahan melawanpenyakit dan tidak ada cara terbaik untuk kita mengenalpasti individu tersebut. Makaadalah penting setiap individu diberi imunisasi lengkap supaya semua individu mendapatperlindungan sepenuhnya.
Anak saya tidak memerlukan imunisasi kerana penyakit berjangkit tidak selalu berlaku.
Tidak benar - Imunisasi adalah penting untuk mempastikan anak anda sihat. Masih lagiterdapat penyakit berjangkit di Malaysia.
Anak saya boleh dilindungi dari penyakit berjangkit denganmenjauhi diri mereka daripada kanak-kanak yang lain.
Adalah tidak wajar dan tidak digalakkan untuk mengasingkan anak anda.
Sebenarnyabakteria/virus ini bukan hanya dibawa atau disebar oleh kanak-kanak bahkan juga orangdewasa. Contohnya, bakteria tetanus yang terdapat di dalam tanah juga dapat menjangkitikanak-kanak melalui luka ringan yang sekaligus menyebabkan risiko mendapat penyakittetanus.
Imunisasi adalah tidak selamat – risikonya lebih tinggi berbandingpenyakit itu sendiri.
Tidak benar – Imunisasi adalah selamat. Kesemua vaksin telah diuji keberkesanan dankeselamatannya. Tahap kesan tindakbalas sampingan terhadap imunisasi telah diuji danpemantauan berterusan dijalankan walaupun vaksin itu telah diluluskan oleh pihak yangbertanggungjawab dan juga Kementerian Kesihatan. Telah sedia maklum kebanyakanimunisasi menimbulkan kesan sampingan yang ringan kepada kanak-kanak tetapi iniadalah jauh lebih baik daripada mendapat penyakit itu sendiri.
Soalan Yang Kerap Ditanya
Apa Itu Imunisasi
Imunisasi adalah satu cara melindungi kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentusecara mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagipembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Vaksin adalahvirus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau melaluimulut.
Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara:Aktif – Antibodi diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan.Pasif – Antibodi diperolehi melalui imunisasi
Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi
Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi adalah:
  • Tibi
  • Hepatitis B
  • Polio
  • Difteria
  • Pertussis (Batuk kokol)
  • TetanusMeasles (Campak)
  • Mumps (Beguk atau bengkak di belakang telinga hingga ke dagu)
  • Rubella
  • Penyakit Hib (Haemophilus influenza type b)
Komplikasi Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah
  • Tibi (Tuberculosis): Tibi mengakibatkan radang paru-paru, radang selaput otak, jangkitanpada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawamaut.
  • Hepatitis B: Hepatitis B boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronicliver disease) dan kanser hati
  • Difteria: Difteria boleh mengakibatkan sukar bernafas, masalah jantung dan saraf.
  • Pertussis (batuk kokol): Pertussis menyebabkan radang paru-paru, epilepsidan boleh membawa maut.
  • Tetanus: Tetanus boleh mengakibatkan kekejangan otot yang membawakesakitan yang kuat, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.
  • Polio: Polio boleh menyebabkan lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaanfizikal atau kematian.
  • Penyakit Hib: Penyakit Hib boleh menyebabkan radang paru-paru, radangselaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglottis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.
  • Measles (campak): Measles boleh mengakibatkan komplikasi seperti radangparu-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis),pekak, buta, cirit-birit dan kematian.
  • Mumps (beguk) mengakibatkan: radang otak (encephalitis), radang buahzakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.
  • Rubella biasanya penyakit yang ringan bagi kanak-kanak dan dewasa tetapi Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkancacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesarandan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital RubellaSyndrome.
Mengapakah Anak Saya Perlu Diberi Imunisasi
Anak anda perlu diberi imunisasi untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi. Penyakit-penyakit ini boleh mengakibatkankomplikasi teruk dan membawa maut.
Bilakah Saya Perlu Membawa Anak Saya Untuk Imunisasi
Bawalah anak anda untuk mendapatkan imunisasi mengikut Jadual Imunisasi BaruKementerian Kesihatan Malaysia. Adalah penting untuk melengkapkan imunisasi anak andamengikut jadual imunisasi baru
Adakah Terdapat Kesan Sampingan Imunisasi
Imunisasi adalah SELAMAT
Kesan sampingan yang berlaku biasanya ringan dan tidak berbahaya berbanding jika dijangkiti atau mendapat komplikasinya
Kesan sampingan yang teruk seperti demam (lebih daripada 38ÂșC), ruam diseluruh badan dan sawan tarik jarang berlaku
Sekiranya terdapat tanda kesan sampingan bawalah anak anda keklinik/hospital dengan segera.
Bolehkah Lebih Daripada Satu Imunisasi Diberi Dalam Satu Masa
Ya, boleh. Lebih daripada satu imunisasi boleh diberi dengan selamat dalam masa yangsama. Imunisasi perlu diberi di tempat berlainan seperti kedua-dua paha atau bahu.
Bolehkah Imunisasi Diberikan Semasa Anak Saya Sakit
Imunisasi boleh diberikan kepada anak anda yang mengalami sakit ringan seperti demam, jangkitan telinga, batuk dan selsema.
Bolehkah Imunisasi Diberikan Jika Anak Saya Dilahirkan Pramatang
Ya, anak anda boleh diberikan imunisasi mengikut jadual imunisasi yang ditetapkanwalaupun dilahirkan pramatang.


Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

Denggi

Pengenalan
     
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes yang infektif kepada manusia melalui gigitannya. Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar. Sehingga kini masih belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.


Ciri-ciri Penyakit Denggi

Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Denggi 1, 2, 3 dan 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang infektif dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.

Demam denggi tebahagi kepada dua jenis iaitu Demam Denggi Klasikal dan juga Demam Denggi Berdarah. Bagi Demam Denggi Klasikal atau juga pernah dinamakan sebagai 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever', tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak,  ciri utama ialah ruam yang di sertai oleh demam panas. Bagi orang dewasa dan remaja pula, demam kuat yang berlaku secara tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke 3 - 4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Penemuan makmal, didapati jumlah leukosit dan platelet dalam darah menurun.

Manakala bagi Demam Denggi Berdarah pula kebiasaannya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah. Ianya mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam yang sangat panas, pendarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.  Pendarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, pendarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan. Kegagalan atau gangguan peredaran darah ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS). Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Penemuan makmal mendapati Thrombositopenia yang disertai dengan hemokonsentrasi yang ditunjukkan oleh peningkatan nilai hematokrit.


Bagaimana penyakit denggi boleh menular serta faktor-faktor yang mempengaruhi penularannya

Demam denggi kebiasaannya berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Cara atau mod transmisi bagi wabak demam denggi ini adalah melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti dan juga nyamuk Aedes Albopictus yang infektif. Nyamuk jenis ini kebiasaannya menggigit mangsa pada waktu siang, paling biasa dua jam sebelum dan dua jam selepas matahari terbenam. Penularan virus denggi terjadi apabila nyamuk Aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah). Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari). Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti / dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat.

Faktor-faktor yang mempengaruhi penularan penyakit ini adalah antaranya  disebabkan oleh terdapat banyak tempat air bertakung yang mana ianya menjadi sumber tempat nyamuk Aedes membiak. Disamping bekas buatan, nyamuk Aedes juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat yang boleh menyebabkan air bertakung. Selain itu, kempen tradisi kebersihan kawasan ‘gotong royong’ tidak dijalankan oleh penduduk kampung kerana ia lazimnya ditumpukan terhadap kebersihan am. Aktiviti seumpama ini tidak mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.


Implikasi penyakit denggi secara menyeluruh

Implikasi bagi penyakit denggi ialah, ianya akan menyebabkan jangkitan kepada orang lain dengan mudah dan cepat jika langkah pengawalan tidak diambil dengan segera. Bagi seseorang pesakit yang telah mendapat penyakit denggi, ia akan menjadi pembawa sepanjang hayat. Bagi kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah pula, penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini. Setakat ini, kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk. Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat. Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Selain itu, seramai 2500 juta manusia, iaitu 2/5 penduduk dunia sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih. Berdasarkan kepada kajian statistik ini, ianya dapat menunjukkan bahawa kadar mortaliti disebabkan oleh penyakit denggi semakin meningkat dari semasa ke semasa.


Strategi dan pelan tindakan dalam melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan terhadap penyakit denggi

Aktiviti pencegahan dan kawalan terhadap penyakit boleh dilakukan melalui proses pembelajaran kesihatan dan publisiti. Antaranya kursus ulangkaji mengenai kawalan penyakit denggi hendaklah diberikan dari semasa ke semasa di peringkat tempatan / negeri / kebangsaan. Kerajaan Negeri dan Penguasa Tempatan hendaklah dilibatkan sepenuhnya dalam kempen dengan kepimpinan di peringkat negeri di ketuai oleh Kerajaan Negeri. Struktur Gerakan Pembaharuan yang ada pada dewasa ini hendaklah digunakan sepenuhnya apabila perlu, seperti Jawatankuasa Pembangunan Negeri, Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Jabatan Penerangan dan Badan-Badan Sukarela hendaklah diberitahu peranan masing-masing supaya mereka dilibatkan secara aktif dalam kempen-kempen yang bakal diadakan. Sekolah-sekolah hendaklah digunakan supaya murid-murid dapat membantu dalam usaha pencegahan di rumah dan pihak guru hendaklah melaporkan kes yang disyaki keatas pelajar. Manakala Pegawai Kesihatan Berkuasa adalah bertanggungjawab mengawasi dan mengesan rapi (monitor) kejadian/kematian penyakit denggi di peringkat tempatan/negeri. Sekiranya terdapat kes denggi, rawatan dan isolasi haruslah dilakukan dengan segera supaya ianya tidak akan terus merebak kepada orang lain. Kemudian, notifikasi haruslah dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan supaya tindakan pencegahan akan di ambil. Ini melibatkan pemeriksaan kawasan perumahan pesakit dan penyemburan ubat nyamuk (fogging). Peranan yang lebih besar dimainkan oleh Penguasa Tempatan dalam pencegahan dan kawalan denggi termasuk penguatkuasaan Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975.

Kebersihan asas persekitaran sekeliling adalah merupakan langkah penting dalam melaksanakan aktiviti pencegahan terhadap penyakit. Penekanan hendaklah ditumpukan kepada pemusnahan tempat pembiakan Aedes Aegypty dan Aedes Albopictus. Tujuannya ialah untuk membuang dan memusnahkan semua takungan air yang tidak berguna seperti tayar lama, tin, botol, tempurung dan menggunakan penutup yang ketat untuk bekas takungan air. Kempen Anti Denggi haruslah diadakan kepada masyarakat bagi menjayakan program pencegahan dan kawalan terhadap penyakit denggi ini. Ceramah atau informasi mengenai penyakit denggi mestilah disampaikan kepada masyarakat. Contohya lindungi diri dari gigitan nyamuk dengan menggunakan kelambu dan ubat nyamuk. Juga elakkan dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.


Dalam pada itu, kawalan secara kimia haruslah dilakukan seperti bahan pemusnah jentik-jentik yang sesuai (misalnya abate) akan digunakan oleh penghuni/tuan rumah secara meluas untuk menghindarkan pembiakan nyamuk aedes. Abate hendaklah senang diprolehi oleh orang ramai. Dimana terletaknya tempat menjual / peruncit Abate hendaklah diberitahu seluas-luasnya kepada penduduk. Langkah mungkin diambil untuk mendapat bantuan dari Badan-Badan Sukarela seperti Bulan Sabit Merah, Kumpulan/Pertubuhan Agama, Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, stesyen minyak petrol, klinik swasta, Majlis Daerah/ Perbandaran, Bandaraya Kuala Lumpur, sekolah dan sebagainya untuk menyimpan dan menjual abate kepada orang ramai. Penyertaan aktif semua penghuni/tuan rumah amatlah diperlukan terutama sekali dalam kegunaan abate untuk menjaga kawasan halaman supaya bersih dan bebas dari pembiakan Aedes. Pencarian jentik-jentik dan Penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 hendaklah dijalankan. Segala tindakan mahkamah hendaklah diberi publisiti secara besar-besaran. Semburan Pengasapan Pencegahan (Preventive Fogging) haruslah dilakukan di kawasan sensitif dimana Indeks Aedes dan /atau Indeks Breteau berterusan tinggi, sungguh pun segala aktiviti kawalan denggi telah pun dijalankan. Berbagai kumpulan masyarakat dan organisasi hendaklah digunakan dan dilibatkan dalam kempen ini.

Strategi bagaimana mendapatkan penglibatan masyarakat dan pelbagai agensi dalam melaksanakan pelan pencegahan dan kawalan penyakit denggi

Bagi mendapatkan penglibatan masyarakat dan pelbagai agensi dalam melaksanakan pelan pencegahan dan pengawalan adalah dengan langkah mengadakan promosi kesihatan kepada komuniti terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan yang berisiko tinggi terkena wabak denggi. Selain itu, ia juga boleh dilaksanakan melalui kempen kepada orang awam dalam membanteras penularan atau pembiakan nyamuk Aedes. Contohnya, dengan menggalakkan orang ramai menggunakan abate di dalam kolah dan bekas takungan air bagi membunuh jentik-jentik nyamuk Aedes. Pengawalan dan pencegahan wabak denggi juga boleh dilakukan melalui aktiviti gotong-royong dan pembersihan kawasan dengan melibatkan semua anggota masyarakat termasuklah pihak yang bertanggungjawab dalam melakukan aktiviti fogging di kawasan yang terbabit dalam wabak ini. Pihak kementerian kesihatan pula haruslah berperanan dalam memaklumkan kepada Pengetua atau Guru Besar Sekolah untuk membuat pengumuman dalam perhimpunan pagi bagi menggerakkan pelajar-pelajar untuk memeriksa halaman rumah dan kolah-kolah dalam rumah untuk membasmi pembiakan jentik-jentik. Pelajar digalakkan untuk mengutip jentik-jentik yang dijumpai untuk ditunjukkan kepada guru. Sebagai imbuhan mereka yang menjumpai dan memusnahkan jentik-jentik akan diberi cenderamata seperti key-chain dan sebagainya sebagai penghargaan. Pendidikan kesihatan juga haruslah diberikan kepada penduduk-penduduk di semua kawasan mengenai fakta asas kesihatan dan fakta mengenai wabak denggi agar langkah-langkah pencegahan dapat diambil oleh setiap individu sekaligus dapat mengelakkan wabak ini dari terus merebak.


Kesimpulan :

Usaha dalam menangani wabak atau penyakit denggi ini hanya akan berkesan dengan penglibatan bersungguh-sungguh sektor awam dan masyarakat secara langsung iaitu Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran/Daerah dengan kerjasama jabatan-jabatan lain serta semua golongan masyarakat. Penyakit denggi ini mestilah dititikberatkan oleh semua pihak supaya ianya tidak akan terus menular agar kadar mortaliti di negara ini dapat dikurangkan. Oleh itu, sama-samalah kita menjaga kesihatan dan kebersihan demi mencapai kesejahteraan hidup bersama.



Rujukan :

http://www.infosihat.gov.my/PDF%20Penyakit/Denggi.pdf
http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_Denggi_p1.html
http://161.142.92.99/dengue/kelas.htm
http://www.vikipedia.com.my/RedSpot/ms_redspot_wabakDengggi.html